PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN RM1000 KE ATAS

Tutorial Sofina Oblong (Long shawl with curved-end)

Posted on December 03 2014

Ok semalam ada yang request aku buatkan tutorial Shawl Sofina Oblong.
Yang butterfly tu senang sangat kot, takyah tutorial. Tu memang dah di-designed untuk senang lilit. Kalau tak pandai-pandai gak memang saje la.
Aku lagi suka oblong sebab aku suka pakai labuh.
Butterfly pun cover bahagian dada tapi oblong adjustable.
Sebenarnya aku la manusia yang tak pandai nak buat tutorial shawl sebab aku cuma tau satu jenis ikatan je. Memang tu je la cara aku pakai menjak dari awal aku pakai shawl. Aku tak pandai nak bergaya tudung macam orang lain. So aku tak tau la video aku ni kategori tutorial atau kategori nak tunjuk aku bersiap pakai tudung. Sebab aku tak tunjuk sangat step by step. But korang boleh tengok la how alu lilit oblong shawl ni. Simple sangat. Video ni 3 minits. Kalau aku takyah membebel and kejap-kejap pandang webcam pastu pandang cermin, selalunya seminit siap dah.



Jangan tanya kenapa mulut ngan suara tak sama ya.
Kejap ok kejap lari.
Aku tak reti nak adjust-adjust ni semua. Ko nak tengok gamba je kan?
Quality image pun tak berapa sharp, pun aku tak tau kenapa. Kejap warna ok, kejap tak.
Seb baik suara menten tak bertukar jadi bapok. Tulen banggg.


Off to UPM.
Nak beli shawl ni, ko nampak tu belah kiri kat sidebar blog aku ruangan Highlite?
Ada link to SOFINA Shawl. Klik situ.
Yang dalam video aku pakai kaler MIDNIGHT.
Yang dalam gamba atas ni ROYAL BLUE.
Pin It

Recent Posts