PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN RM1000 KE ATAS

Model Search

Posted on September 10 2014

Kami tengah cari new model untuk our coming collection.

Model haruslah perempuan, itu sudah pasti.

Tapi yang paling penting, model haruslah seorang yang tak kekok and malu-malu depan kamera, and boleh bekerjasama dengan baik. Keje modelling ni bukannya senang macam yang kita fikirkan. Nak dapatkan shot yang tepat and menarik tu bukan takat 2-3 snap. Dah la macam-macam pose kena buat. Nak maintain senyum and happy dengan kamera lagi satu hal lagi nak dipikirkan. Kalau hasil tak menepati kehendak boss, kami terpaksa minta model re-shoot. Jadi kami memerlukan team yang boleh beri kerjasama yang baik.

Model haruslah sedap mata memandang dan pandai bergaya, of course. Tapi jangan risau kalau kita rasa kita kurang cantik. Takpe.

Kita ada sediakan mekap artis yang mampu membuatkan anda sejelita Neelofa! Hah, kau. Jadi, jangan takut untuk hantar gambar.

Tapi, yang palinggggggggggggggggggg penting sekali, model mestilah tahu mengikat (lilit) shawl pelbagai cara. Maksudnya kat sini, model mestilah seorang yang biasa 'bermain' dengan tudung (shawl) dan selesa bila memakai tudung.

Kulit tak cerah???

Eh takpeeee...kulit akak pun tak berapa nak cerah dikkk. Hahahah.

Kita ada team fotografer yang boleh menjadikan kulit anda bukan saje cerah dari biasa, tapi lebih radiant! Toksah la takut. Meh hantar gambar ok?

 

 

Pin It

Recent Posts